Sunday, 26 March 2017

kepupusan haiwan dan diancam kepupusan haiwan dan tumbuhan

                      HAIWAN YANG  HAMPIR PUPUS

Banyak haiwan yang hampir pupus akibat pembalakan, pemburuan haram dan sebagainya.Antaranya ialah:

  1. Sand Cats

 


 Sand cats (kucing pasir) merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah.


Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.

 2. Mandarin Duck

 

 Mandarin Duck yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang colourful manakala si betina hanya berwarna plain.
Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur.

Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang sangat tidak sedap.

 3.Matschie's Tree Kangaroo

 

Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki.

Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat.


Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang kepupusan.

4. Giant Panda

Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar.
Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram.

 

                 HAIWAN YANG TELAH PUPUS

 banyak haiwan yang telah pupus akibat perbuatan manusia.Manusia memburu hanya untuk mendapatkan kulit,bulu dan sebagainya.antara haiwan yang telah pupus ialah:

1. Syrian Wild Ass ( Pupus sejak 1927 )



Syrian Wild Ass adalah subspesies kepada keluarga Equidae atau keluarga kuda. Syrian 

Wild Ass adalah spesis kuda yang paling kecil. Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan dan Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna kuning pucat pada musim panas. Spesies ini pernah mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-17 namun akhir merudum menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927 apabila spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna.


2. Javan Tiger ( Pupus sejak 1980-an )






Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini.




3. Tarpan ( Pupus sejak 1919 )







Tarpan juga dikenali
 Eurasian Wild HouseIa adalah subspesies kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis, timur Sepanyol sehingga merentasi tengah Russia. Populasi Tarpan mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan pemusnahan habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil usaha kerajaan Poland untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini. Tarpan yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di dalam zoo di Russia. Walaubagaimanapun, haiwan tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan tidak lagi kelihatan dan diistiyharkan pupus secara rasmi.

4. Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger ( pupus sejak 1936 )




Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.



                
                                           





                                  TUMBUHAN DIANCAM KEPUPUSAN




1. Bunga Pakma (Rafflesia arnoldii)



Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan s sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

2. Jade Vine (Strongylodon macrobotrys)





Bunga Jade Vine adalah bunga yang hidup dihutan hujan tropika di Filipina. Pepohon bunga ini adalah termasuk dalam keluarga kekacang dan berkait erat dengan kacang merah. Memiliki bunga yang tumbuh menggantung dari cabang-cabang sehingga mencapai hingga tiga meter panjangnya. Warna bunga ini adalah hijau kebiruan. Spesies ini telah terbukti sukar untuk membiak dan dianggap sebagai spesies yang semakin pupus.


3. Pohon Franklin (Franklinia alatamaha)

 



Bunga  ini adalah sebahagian dari keluarga teh ,berasal dari lembah sungai Altamaha Georgia ini, telah pupus sejak awal abad ke 19 lagi. Memiliki bunga yang berwarna putih dan beraroma harum ketika mekar dan daun yang berubah warna menjadi merah terang sewaktu musim gugur.

 
4. Koki’o (Kokai cookei)




Bunga yang mempunyai bahagian seakan akan bunga raya ini ditemui pada tahun 1860 di kepulauan Hawaii. di mana waktu itu hanya terdapat tiga spesimen yang boleh ditemui. Pohon ini boleh tumbuh sampai tinggi sekitar 10-11 meter.Yang menarik tentang pohon ini adalah ratusan bunga merah yang dihasilkan pada setiap tahun di pokok yang telah matang.